Website Iklan Tayang Selamanya
Selamat datang di situs web periklanan jaringan unikbaca.com "Semoga Hari Anda Selalu Menyenangkan!"
Setidaknya satu iklan Anda posting juga di situs web iklan ini!
Agar pengunjung atau pengakses dapat mencari dan tahu usaha Anda
📝 POSTING Hari ini DISKON 50%

thumbnail

Menteri kata loji Lynas selamat kerana pelabur tak bimbang

  • Kow Gah Chie
  • Malaysiakini  Jan 29 2013
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kesediaan pelabur China untuk melabur di taman industri yang terletak hampir dengan loji Lynas di Gebeng, Kuantan menunjukkan bahawa kilang pemprosesan nadir bumi itu "selamat dan bukan satu isu".

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Mustapa berkata pelabur maklum mengenai kedudukan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) itu.

Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang membangkitkan kebimbangan mengenai loji Lynas itu kepadanya, ataupun kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), katanya.

Mustapa berkata beliau yakin bahawa isu yang menyelubungi Lynas tidak akan menjejaskan projek bernilai RM1.5 bilion yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan China sendiri menunjukkan minat dengan MCKIP berikutan lokasi taman itu yang strategik, iaitu kira-kira 1,104 batu nautika ke Taman Perindustrian Qinzhou, China, dengan anggaran tiga hingga empat hari tempoh penghantaran dari MCKIP.

Laporan itu menyebut, MCKIP merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dibangunkan bersama-sama oleh Malaysia dan China dengan anggaran kos pembangunan kasar RM1.5 bilion.

Projek yang dijangka mewujudkan 5,500 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan RM7.5 bilion menjelang 2020 itu akan dirasmikan perdana menteri pada 5 Feb, 2013 menurut laporan itu lagi.
Posting Iklan 50 Situs