Website Iklan Tayang Selamanya
Selamat datang di situs web periklanan jaringan unikbaca.com "Semoga Hari Anda Selalu Menyenangkan!"
Setidaknya satu iklan Anda posting juga di situs web iklan ini!
Agar pengunjung atau pengakses dapat mencari dan tahu usaha Anda
📝 POSTING Hari ini DISKON 50%

thumbnail

VIDEO Pembaca Berita Makan Muntah Kucing


Seorang pembaca berita kaji cuaca di Amerika Syarikat melakukan perkara yang tidak dijangka lagi menjijikkan apabila memakan muntah kucing secara langsung ketika ke udara.

Scot Haney, pada mulanya mengejutkan penonton dan rakan pembaca berita lain apabila mengambil sesuatu di lantai lalu terus memasukkannya ke dalam mulut.

Dia kemudiannya memberikan komen ‘snek’ yang dimakannya itu berasa seperti kasut.

Cuma setelah membuka kasut dan memeriksa, Haney mula menyedari apa yang telah dimakannya bukanlah sejenis bijirin sarapan yang disangkakan tetapi muntah kucing.

Muntah kucing tersebut dipercayai lekat di kasutnya setelah dipijak dari rumah.

“Ya Tuhan! Saya baru sahaja makan muntah kucing yang saya sangkakan bijirin ‘grape nuts’,” seru Haney dengan wajah mahu termuntah kemudiannya, secara langsung kepada penonton berita.

Yang tak faham tu.. di mana rasional saat dia mengutip sesuatu di lantai lalu memasukkannya ke dalam mulut? – REM RAMZI

Posting Iklan 50 Situs