SEREMBAN 3 Nov: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi, sekalipun hujan lebat mencurah-curah.
Jika 5,000 orang ada di lokasi itu sejak jam 4 petang dan setia menunggu ucapan pimpinan, jumlah itu lebih sekali ganda menjelang jam 10 malam.
Kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ditunggui penuh sabar.
Pidato pemimpin lain, antaranya Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tambah membakar semangat juang rakyat.
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abasi; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Ghani dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fok, turut berucap.
Empat warna tema pada perhimpunan ialah kuning sebagai menyokong Bersih, Oren (Anak), merah (Royalti) dan hijau (anti-Lynas).
Seperti biasa – gentar dek kebangkitan rakyat, cubaan mensabotaj program tetap berlaku tetapi gagal, namun ada kenderaan pengunjung dilapor dirosakkan samseng Umno.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Demikian artikel tentang Lebih 10 000 banjiri acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Lebih 10 000 banjiri acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.