Website Iklan Tayang Selamanya
Promo spesial hari ini posting iklan di situs web Iklan Nusa Tenggara Barat murah sekali
setidaknya satu iklan Anda harus ada di Iklan Nusa Tenggara Barat unikbaca.com ini, agar
pengakses dapat mencari dan tahu usaha Anda, posting di Iklan Nusa Tenggara Barat murah
🎁 Hari ini sebar iklan massal murah ke 1.050 web! DISKON!

thumbnail

Pelajar Di Mesir Mula Pulang Hari Ini


PUTRAJAYA – Kumpulan pertama membabitkan 35 orang pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa pulang pada jam 5 petang (waktu tempatan) menerusi penerbangan Etihad, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, lebih 200 tempat sudah ditempah menerusi tiga penerbangan iaitu Etihad, Emirates dan SIA, esok untuk membawa pulang kumpulan seterusnya.

Beliau juga meminta tempahan dibuat sebanyak mungkin setiap hari bagi membolehkan semua pelajar dibawa pulang dengan segera.

Semalam Perdana Menteri mengarahkan kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang bermula malam tadi.

Ia berikutan laporan dari Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Mesir, bahawa keadaan di sana menjurus pada keadaan tidak menentu.

“Saya sudah mendapat laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Mesir bahawa keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.

“Oleh itu pasukan kita memberi pandangan dan nasihat supaya kita memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan saya telah bersetuju dengan pandangan itu,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa di Putrajaya semalam.

Najib berkata kerajaan tidak akan menggunakan pesawat tentera kerana pesawat Charlie misalnya akan membabitkan masalah logistik dan perbelanjaan lebih tinggi di samping memerlukan kebenaran khas daripada negara tertentu kerana ia perlu membuat dua atau tiga persinggahan.

Najib berkata keselamatan pelajar menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius, lebih genting dan mungkin lebih berbahaya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata pada masa ini operasi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir hanya membabitkan kalangan pelajar, manakala bagi yang lainnya seperti ahli perniagaan, mereka boleh menggunakan perbelanjaan sendiri untuk pulang. – Mynewshub.my

Sumber : Harian Metro

OLEH : IBNU K


Belum berminat? tak apa, bantu kami dengan membagikan link ini ke teman, siapa tahu, justru mereka sedang mencari ini!
Posting Iklan 50 Situs